Sabtu, 05 Januari 2013

Kisah benar mujahid muda dan si isteri yang penyabar di Iran


Kisah benar ini diceritakan oleh seorang anggota Harakah Ansar Iran (Kumpulan Mujahidin Ahlus Sunnah wal Jamaah di Iran) melalui laman web rasminya, tentang seorang mujahid dan isterinya yang penyabar. Ini kisahnya:

Saya akan menceritakan sebuah kisah yang indah tentang seorang mujahid muda ketika dia baru pertama kali bergabung di barisan Mujahidin beberapa tahun lalu. Tahukah kamu, dia adalah seorang mujahid yang cintanya terhadap Allah dan Jihad sangat besar. Dia berangkat untuk menunaikan kewajipan pada ketika Subuh selepas hari pernikahannya. Tetapi yang sangat luar biasa adalah ketika isterinya berkata ketika si mujahid muda itu hendak berangkat pergi. Si isteri berkata, "Aku akan sentiasa bersujud kepada Allah hingga engkau kembali atau jasadmu kembali." Dengan dorongan semangat ini, dia meninggalkan kesenangan duniawi, demi sebuah hidup yang penuh kesukaran dan pengorbanan.

Pada suatu malam, semasa perjalanannya dari satu kem ke kem yang lain, dia merelakan dirinya sendiri untuk mencari bantuan makanan berhampiran  kampung yang berdekatan untuk para sahabat mujahidin. Mengetuk pintu dari rumah ke rumah, dia disambut dengan sambutan yang sangat tidak ramah, setiap rumah hanya mengatakan kepadanya bahawa para Mujahidin itu tidak diterima di sini.

Apabila dia tiba di rumah ke-10, dia mengangkat tangannya berdoa kepada Allah dan berkata 

"Ya Allah! Engkau adalah saksiku bahawa Aku hanya ingin mencari sisa makanan untuk saudara-saudaraku, sehingga kami dapat menunaikan kewajipan kami lebih baik lagi demi Engkau. Dan Engkau adalah Maha Pemberi, Maha Pemurah! "

Terkejutlah dia, rumah terakhir ini menyambutnya dengan baik. Tuan rumah  menawarkan semua rotinya dan berkata, 

"Bagaimana mungkin keluargaku boleh tidur, sementara para tentera Allah kelaparan?" 

Kemudian dengan semua beg penuh dengan makanan, dia kembali dengan sangat gembira ke kem yang jauhnya beberapa kilometer.

Namun, di belakangnya dia mendengar suara tangisan dan jeritan yang datang dari salah sebuah rumah di pinggir kampung tersebut. Segera dia meletakkan makannya di pinggir jalan dan masuk ke rumah itu untuk memeriksanya dengan tidak ada persiapan untuk sebarang kemungkinan.

Dia melihat 5 hingga 6 lelaki memperkosa seorang gadis.

"Hey!" dia berteriak tanpa ragu-ragu, memeranjatkan geng perogol itu. "Jika kamu tidak berhenti sekarang dan pergi, Aku akan membunuh kamu semua!" dengan pandangan tajam (yakin). Tetapi sebelum dia mengeluarkan pistol yang ada di pinggannya, salah seorang dari perogol yang berada di bilik lain, mengeluarkan pisau dan menikamnya di punggung dan kakinya menyebabkan dia tersungkur ke lantai.

Walaupun si mujahid ini tercerdera dia masih mampu mengeluarkan pistolnya dan menembak semua perogol itu (dengan rahmat Allah).

Dengan mengabaikan rasa sakitnya dia mengenakan pakaian gadis muda itu, mengambil makanannya dan membawanya kembali ke kampung dengan selamat. 

Dia tiba dengan bajunya yang dibasahi darah, dia disambut oleh para Mujahidin dan menceritakan kepada mereka tentang peristiwa yang telah berlaku. Para Mujahidin terkejut dan kagum dengannya bahawa mujahid muda yang belum berpengalaman ini mampu menangani geng perogol itu bersendirian.

Yang membuatkan bertambah kagum, pada ketika itu mereka juga mengetahui bahawa dia baru saja berkahwin dan datang ke tanah Jihad ini sehari selepas perkahwinannya. Akibat kecerderaan yang dialaminya, komander mendoakannya dan menghantar si mujahid itu pulang ke rumahnya untuk meluangkan masa bersama isterinya hingga dia sembuh.

Setelah tidak bertemu isterinya selama beberapa minggu selepas perkahwinannya, dia mengatakan kepada saya "Ketika saya kembali ke rumah, ke isteri saya, seolah-olah Allah telah meletakkan cinta antara satu sama lain di hati kami. Kami tahu bahawa kami berkahwin untuk mencari redha Allah, dan kami akan membantu satu sama lain untuk membina istana kami di Jannah, bersama. "

Alhamdulillah, selepas dia sembuh dia kembali untuk berjihad bersama isterinya yang penyabar yang menyokongnya dari rumah.

Semoga Allah memberikan kita Mujahidin seperti ikhwan ini, dan para isteri seperti akhwat ini, Aamiin.
thumbnail
Judul: Kisah benar mujahid muda dan si isteri yang penyabar di Iran
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait ARTIKEL ISLAM :

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz