Rabu, 09 Januari 2013

Lebih 100 orang masuk Islam sebulan melalui laman web


Sebuah Markaz Dakwah yang dikendalikan di kawasan Timur Arab Saudi, meyakinkan dalam sebulan lebih dari 100 orang bukan muslim masuk agama Islam.

Laporan surat khabar yang diterbitkan kelmarin mengatakan, bahawa dengan sekumpulan sukarelawan dari generasi muda mampu menangani laman sosial, moden dan inovatif mampu mengajak orang bukan Muslim. Pejabat markas dakwah "Rukni al Hiwari li Ta'rifi al Islam" yang berpusat di Dammam cabang dari "Maktab Atta'awuni wal Irsyadi wa Tau'iyatul Jaliat" ini mampu menarik sejumlah orang Kristian, Hindu dan Buddha melalui penggunaan internet.

Pengarah sebuah pejabat pusat, Ir Maged Osaimi memberitahu yang dia telah masuk Islam pada bulan Muharram yang lalu.

Seramai 101 orang dari 33 negara yang berbeza di seluruh dunia, di mana peratusan yang baru masuk Islam terdiri dari lelaki 65% dan perempuan 35%. Agama Kristen adalah yang paling ramai dalam peratusan tersebut dari jumlah iaitu mencapai 61%, dan 16% dari Hindu, dan 1% dari umat Buddha.
thumbnail
Judul: Lebih 100 orang masuk Islam sebulan melalui laman web
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait DUNIA :

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz