Jumat, 11 Januari 2013

Rejim Syiah jatuhkan hukuman mati terhadap dua anggota Hamas dan jenazah dilemparkan


Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia melaporkan pada Rabu (9/1/2013) bahawa jenazah dua aktivis kumpulan Hamas Palestin telah ditemui mati pada Selasa malam di kem pelarian Husainiyah di berhampiran Damsyik.

Berdasar laporan para aktivis kemanusiaan di pinggir Damsyik, pasukan rejim Nushairiyah Syria telah melaksanakan hukuman mati terhadap dua komander Hamas setelah penangkapan kedua-duanya. Jenazah keduanya dilemparkan oleh tentera rejim berhampiran sebuah masjid Aisyah, kem pelarian Husainiyah berhampiran barat Damsyik.

Pejabat berita Koordinator Revolusi Ghautah Timur juga melaporkan bahawa tentera rejim Syria melemparkan jenazah seorang warga yang belum diketahui identitinya di bandar Shab'a, pinggir Damsyik pada Selasa (8/1/2013).

Sementara itu artileri berat pasukan rejim Syria masih terus mengebom bandar Mulaihah di pinggiran Damsyik sejak Rabu pagi. Lebih dari 200 orang awam bandar Mulaihah ditangkap oleh pasukan rejim Syria, termasuk kanak-kanak dan wanita bagi menghalang serangan mujahidin Islam dan mujahidin FSA. Para aktivis kemanusiaan dan warga kota khuatir ratusan orang awam yang ditangkap akan menjadi mangsa pembunuhan rejim Syria lagi.
Diterjemah dari sumber islampos
thumbnail
Judul: Rejim Syiah jatuhkan hukuman mati terhadap dua anggota Hamas dan jenazah dilemparkan
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait DUNIA :

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz