Rasulullah SAW sudah menerangkan begitu banyak tanda akhir zaman. Salah satunya tentang kumpulan panji-panji hitam. Di mana mereka berada sekarang ini?
Sabda Nabi SAW "Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk ". Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibn Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)
Sabda Nabi SAW, "Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya." (At-Tarmizi)
lbnu Hazm menyatakan bahawa: "Bani Tamim adalah sebuah Qabilah terbesar dalam qabilah arab dengan bilangan kaumnya yang ramai serta rangkaian sukunya yang luas sehingga Bani Tamim dikatakan sebagai tunggak utama bagi bangsa arab keseluruhannya .... Bahkan mereka mula bertebaran keluar dari dunia arab sejak zaman awal Islam melalui penyertaan mereka yang ramai di dalam bala tentera Islam. Banyak yang digerakkan menuju ke kawasan Khurasan dan lain-lain kawasan penerokaan wllayah .... ".
Dari beberapa dalil di atas kita dapat mengetahui bahawa Bani Tamim adalah pembawa panji-panji hitam berada di daerah khurasan. Mari kita kembali pada sejarah agar kita lebih mudah mengkaji hal ini.
Nama wilayah ini selama kekhalifahan pada 750 CE. Khurasan adalah bahagian dari Parsi (dalam kekuningan). Di sebelah timur adalah Hind (Sind), yang berhubung budaya sebahagian besar dengan India (Hindustan).
Nama "Khorasan" berasal dari Parsi Tengah khor (bermaksud "matahari") dan asan (atau ayan secara harfiah bererti "datang" atau "datang" atau "akan datang"), maka bererti "tanah di mana matahari terbit".
Khorasan, juga ditulis sebagai Khurasan, adalah suatu daerah yang bersejarah yang terletak di timur laut Parsi yang telah disebutkan dalam pelbagai sumber di masa lalu. Khurasan terdiri daripada bandar-bandar Masyhad, Nishapur, Sabzevar dan Kashmar (sekarang di Iran), Balkh, dan Herat (sekarang di Afghanistan), Merv, Nisa dan Abiward (sekarang di Turkmenistan), Samarqand dan Bukhara (sekarang di Uzbekistan). Beberapa percaya bahawa pada waktu tertentu Khorasan menutupi kawasan yang lebih luas, yang termasuk Transoxiana, Soghdiana, Sistan, dan memperluaskan ke batas-batas India.
Setelah kita mengamati sejarah dan peta yang termasuk wilayah khurasan adalah Iran, Pakistan, afghanistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan India. Kerana dalam hadis Rasulullah saw mengatakan "Dari Arah Khurasan".
Kesimpulannya, bahawa pemimpin Bani Tamim yang membawa jemaah panji-panji hitam berada di antara Iran, Afghanistan, Pakistan, Turkmenistan, Uzbekistan, dan India. Kita juga akan mendapat kesimpulan bahawa panji-panji hitam adalah suatu jemaah yang dipimpin oleh seorang pemimpin / amir yang berketurunan Bani Tamim yang sentiasa menggunakan dakwah sebagai senjata mereka. Mereka sentiasa menawarkan kalimah "Lailahailallah Muhammadurasulullah" kepada setiap orang yang mereka datangi.
Judul: Di mana Bani Tamim dan Panji-Panji Hitam berada?
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 19.44
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 19.44
0 comments:
Posting Komentar