Masakan Yahudi bukan satu masakan, tetapi sebuah koleksi masakan antarabangsa yang dikaitkan dengan hukum pemakanan Yahudi (kashrut) dan tradisi cuti Yahudi. Sesetengah makanan, terutamanya daging babi dan kerang-kerangan, adalah dilarang seperti daging dan tenusu tidak dimakan bersama, dan daging mestilah daripada binatang yang disembelih dengan upacara amal serta dibubuh garam untuk menyingkirkan semua darah.
Tanda U dalam bulatan bererti produk tersebut disahkan kosher oleh Orthodox Union (OU). Perkataan "Pareve" menunjukkan bahawa produk itu tidak mengandungi bahann dari susu atau daging. |
Terdapat upacara amal yang istimewa berkenaan dengan wain dan roti. Disebabkan oleh taburan geografi Yahudi yang luas, jenis masakan Yahudi adalah sangat banyak dari segi ramuan dan pengaruh tempatan pada cara makanan itu disediakan dan dihidangkan.
Kashrut (bahasa Ibrani: כַּשְׁרוּת kašrût) atau Kosher bermaksud makanan "suci" atau "sesuai". Sesuatu makanan tersebut akan dikira sebagai suci jika penyediaannya adalah mengikut cara-cara yang diajarkan di dalam kitab Taurat, jika tidak disediakan mengikuti syarat-syarat tersebut, makanan tersebut haram dimakan dan dilarang dimakan. Daripada segi teorinya, Konsep Kosher ini lebih kurang sama dengan konsep "Halal" yang diguna pakai oleh orang-orang Islam namun dari segi praktikalnya ia amat berbeza sama sekali.
Makanan yang tidak sesuai dengan hukum Yahudi diistilahkan treifah atau treif (טְרֵפָה ṭərēp̄āh) ("terkoyak"); istilah ini asalnya merujuk kepada binatang (dari spesies yang kosher, misalnya lembuatau biri-biri) yang disembelih dengan cara yang silap atau dilukai hingga mati oleh binatang buas dan kerana itu tidak layak dimakan manusia. Di antara orang-orang Sefardi, istilah ini biasanya hanya merujuk pada daging yang tidak kosher.
Hukum dasar kosher ditemukan dalam Kitab Imamat di dalam Taurat, yang diuraikan secara terperinci dengan lisan (Mishnah dan Talmud) dan dikanunkan oleh Shulkhan Arukh dan kemudian oleh pimpinan rabai. Ada banyak sekali alasan yang dikemukakan untuk hukum-hukum ini, yang menganjur dari falsafah dan ritual hinggalah praktikal dan kebersihan.
Wow.
BalasHapus