Sniper ini sangat terkenal di kalangan mujahidin wilayah Homs. Nama penuhnay adalah Ridwan Ahmad Nuhaili. Nama panggilannya adalah Abu Hamzah. Dikenali sebagai sniper tepat di kalangan mujahidin, dia diberi dijulukan Abu Hamzah Al-Qannash, atau Abu Hamzah penembak tepat.
Dia adalah sniper dari bandar Khalidiyah, seorang syahid di Homs dan simbol ketegaran rakyat muslim Syria di medan jihad.
Setiap peluru yang ditembakkan Abu Hamzah adalah untuk melindungi nyawa kanak-kanak, wanita dan orang tua di Homs dari ancaman peluru dan bayonet tentera rejim Nushairiyah Syria atau militia Syiah Shabihah akan menjadi sebab turunnya rahmat Allah bagi seorang sniper. Namanya akan dicatat dengan tinta emas sejarah dalam barisan mujahidin yang mengorbankan harta dan nyawanya untuk melindungi umatnya, memperjuangkan kemerdekaan dan menegakkan syariat Rabbnya.
Abu Hamzah gugur dalam pertempuran pada hari Jumaat (8/2/2013) di masjid Khalidiyah, Homs. Penembak tepat ini gugur oleh peluru tentera rejim Nushairiyah Syria apabila dia melindungi ratusan orang kampungnya yang berdemonstrasi selepas solat Jumaat dengan mengusung slogan "Jumaat berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah".
Abu Hamzah telah gugur di jalan Allah. Namun namanya akan sentiasa tercatat dalam sejarah panjang jihad abad moden di Syria. Rakyat muslim Syria, khususnya penduduk bandar Khalidiyah dan daerah Homs pada umumnya akan sentiasa meriwayatkan sejarah ketegaran dan kepahlawanannya di medan jihad.
Semoga Allah menerima amal kebajikan Abu Hamzah Al-Qannash, menempatkannya pada syurga yang tertinggi Al-Firdaus dan memberikan kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkannya. Rahmat Allah mengiringi kepergianmu, wahai Abu Hamzah dan redha Allah telah menunggumu, insya Allah.
AL- FATIHAH
AL- FATIHAH
Judul: Sniper: Izrael dari Khalidiyah
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 21.50
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 21.50
0 comments:
Posting Komentar