Senin, 11 Maret 2013

Tentera Soviet hilang selama 33 tahun di Afghanistan dan kini Islam

russian7n-3-web
Bakhretdin Khakimov, seorang tentera Soviet yang dilaporkan hilang sepanjang perang Soviet di Afghanistan dilaporkan masih hidup sebagai petugas tempatan di wilayah Heart, Afghanistan. Bukan itu saja, tentera Soviet itu dilaporkan telah memeluk Islam. Namanya sekarang adalah Syeikh Abdullah.

Pada tahun 1979, dia menyertai misi pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan. Namun di bulan pertamanya di Afghanistan, dia diserang. Setelah itu, dia dinyatakan hilang dan dilaporkan mati.

Abdullah, berasal dari negara bekas Soviet di Asia Tengah Uzbekistan.

Wakil pengerusi jawatankuasa veteran perang Afghanistan mengatakan bahawa Abdullah sudah lupa akan negara dan bahasa asalnya. Dia juga tidak pernah cuba untuk menghubungi keluarganya setelah menderita trauma dalam pertempuran itu.

Sheikh Abdullah berkahwin, namun isterinya sudah meninggal dan dia tidak mempunyai anak.

Jawatankuasa veteran perang melaporkan telah menemui 29 orang daripada 264 tentera yang masih dilaporkan hilang sepanjang perang Afghanistan selama sedekad.

Diberikan pilihan untuk kembali ke rumah, tujuh di antaranya memilih untuk tinggal di Afghanistan.

Kira-kira 15000 tentera Soviet terbunuh dalam pertempuran dengan Mujahidin di Afghanistan.
thumbnail
Judul: Tentera Soviet hilang selama 33 tahun di Afghanistan dan kini Islam
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait DUNIA :

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz