Orang sekitarnya memanggilnya dengan sebutan Guevara. Nama asalnya? Hanya orang terdekatnya saja yang tahu. Dia menolak untuk menyebutkannya, apalagi pada media.
Guevara jelas sekali merujuk kepada tokoh pergerakan Ernesto 'Che' Guevara bergerak di jalan Aleppo, Syria setiap harinya. Untuk apa?
Guevara adalah seorang sniper. Dia turun ke jalan dan memegang senjata.
Dia berusia 36 tahun dan merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di bandar itu. Dia memutuskan menjadi seorang penembak tepat setelah kehilangan dua orang anaknya beberapa bulan lalu.
Kedua-dua anaknya yang berusia 7 dan 10 tahun mati selepas serangan udara oleh tentera rejim syiah mengenai tepat rumahnya.
"Saya suka bertempur. Ketika melihat rakan seperjuangan meninggal ditembak, saya perlu melakukan sesuatu, "ujarnya.
"Menembak musuh membuatkan saya berasa lega. Setiap kali melihat musuh berjaya ditembak, saya sering berteriak 'yes', "katanya, selain tentu berdoa kepada Allah SWT.
Walaupun dia kelihatan berani dengan snipernya itu, wanita bertudung dan berpakaian seragam tentera ini menyatakan bahawa dia sama dengan perempuan lainnya.Dia kerap terjaga di malam hari menangisi kematian kedua-dua anaknya dan kekerasan yang pernah dia saksikan.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com
Judul: Wanita bertudung berusia 36 tahun jadi sniper di Syria
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 20.58
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 20.58
0 comments:
Posting Komentar