Jumat, 21 Juni 2013

Perang Akhir Zaman: 7 sebab Hizbullah akan kalah di Syria

Hizbullah telah menghantar para pejuangnya ke Syria untuk menyelamatkan rejim zalim Assad. Bandar Qusair dikuasai oleh pasukan Assad dan tentera pada tarikh 5 Jun. Selain itu, Hizbullah menghantar para pejuangnya ke Damsyik dan sekitarnya. Rejim Assad bersumpah untuk merebut kembali wilayah-wilayah yang dikuasai para mujahiddin terutamanya di Aleppo, dengan sokongan Hizbullah. Banyak penganalisis telah mengatakan bahawa sokongan Hizbullah terhadap rejim zalim Assad telah dan akan mengubah keseimbangan perang antara pihak pejuang meujahiddin dengan rejim Assad. Apakah Hizbullah mampu akan berjaya dalam peperangan itu bersama rejim bersenjata lengkap, dengan puluhan ribu tentera?

Ada 7 sebab mengapa Hizbullah mungkin akan tewas dalam misinua untuk menyelamatkan rejim zalim Assad dari momentum asakkan rakyatnya yang menderita di bawah penindasan selama lebih dari 40 tahun. Bermula dari aspek struktur asas, unsur-unsur tempatan Lebanon, dan faktor-faktor luaran. Faktor-faktor tersebut boleh diringkaskan sebagai berikut:

1. Jumlah korban yang tinggi
Hizbullah telah melakukan serangan besar-besaran sepanjang serangan terhadap al-Qusair dengan menghantar 1700 pejuangnya untuk menduduki kota itu. The Guardian telah melaporkan pihak Hizbullah kehilangan 200 orang sepanjang pertempuran 17 hari untuk merampas kembali bandar kecil di sempadan itu yang merupakan lebih dari 10% kekuatan pasukan yang digunakannya. Hizbullah bukanlah tentera biasa dengan tentera dengan kekuatan sekitar 20000 - 30000 pasukan. Tetapi jumlah korban tersebut, Hizbullah akan mendapatkan dilema yang akan menghancurkan kewujudan dasarnya.

2. Ajaran yang berasaskan perlawanan
Hizbullah adalah tentera ala gerila yang secara semulajadinya bersifat defensif. Ia ditubuhkan sejak tahun 1980 yang menggunakan tentera biasa seperti Israel dan telah belajar untuk menggunakan perang simetri ketika pihak lawan bergerak ke kampung halaman mereka yang secara geografi mereka telah tahu. Terlibat dalam konflik Syria menimbulkan semua masalah utama ini dimana Hizbullah sekarang ini bertindak sebagai tentera biasa untuk bertempur dengan mujahiddin yang lebih kecil dengan tektik gerila. Selain dengan para pejuang yang didorong oleh doktrinnya untuk melindungi rumah-rumah mereka dari para pelaku zalim dan penyerang warga asing.

3. Tidak mempunyai 'soft power'
Sebelum revolusi Arab, dengan kemenangannya yang dipuji keatas kekalahan tentera Israel yang dikhabarkan pada tahun 2000 dan 2006, Hizbullah menikmati status seperti selebriti di kalangan orang Arab di dunia, termasuk orang Sunni. Nasrallah yang dulunya adalah simbol kepahlawanan, namun sekarang telah kehilangan semua niat baiknya dari seluruh dunia Arab. Bahkan orang-orang Palestin yang merupakan peminat Hizbullah teramai telah berpihak pada pasukan pejuang dan laporan mengatakan bahawa Hamas telah mendedahkan rahsia Hizbullah kepada para pejuang Syria.

4. Tekanan politik Lebanon
Tarikh 15 Mac, gabungan yang menentang Hizbullah di Lubnan telah mengkritik Hizbullah terlibat dalam konflik Syria dan telah meningkatkan cara kritikannya setelah Hizbullah secara rasmi mengumumkan sokongan tentera bagi rejim Assad. Pada 14 Mac, pihak gabungan telah menunggu. Masa yang tepat untuk menyekat pengaruh Hizbullah di Lebanon dan melihat gangguan ini di dalam urusan Syria sebagai peluang penting.
5. Pertembungan Sunni-Syiah di Lebanon
Pembunuhan Hizbullah terhadap warga awam Sunni dan para pejuang Syria telah menimbulkan rasa gelisah saudara-saudara mereka di Lebanon dan boleh menyebabkan berlaku pertembungan di bandar Tripoli. Bandar lain yang terjejas seperti Sidon, di mana Syeikh sunni pro-Hizbullah terkemuka menjadi sasaran pembunuhan. Pertempuran sunni-syiah ini akan menambah beban lebih pada kepimpinan politik Hizbullah dan tekanan pada kemampuan ketenteraannya.

6. Syiah yang berbeza pendapat.
Dua ulama Syiah terkemuka di Lebanon, salah seorangnya bekas ketua Hizbullah telah mengkritik penglibatan Hizbullah dalam konflik Syria. Seorang penunjuk perasaan Syiah yang memprotes penglibatan hizbullah di Syria terbunuh pada minggu lalu. Demonstrasi itu diadakan oleh para anggota sebuah parti politik Syiah anti-Hizbullah yang jarang mengkritik Hizbullah  sebelum ini. Semua ini menunjukkan bahawa asas popular Syiah mula rapuh.

7. Ancaman Israel
Hizbullah tidak boleh menggerakkan sebahagian besar pasukannya masuk ke dalam wilayah Syria kerana perlu menjaga sempadannya dengan Israel. Faktor ini akan menghadkan penglibatannya dalam menyelamatkan rejim Assad yang pasti kurang dalam tenaga kerja.

Semua faktor ini bersama-sama menyekat matlamat Hizbullah untuk mengalahkan para pejuang mujahiddin Syria bagi menyelamatkan rejim Assad sangat sukar. Sekarang ini, Hizbullah didorong oleh naluri untuk bertahan hidup kerana telah kehilangan niat baiknya di berbagai wilayah di Arab dan masyarakat Muslim serta semua pelakon politik di sekitarnya sedang menunggu masa yang tepat untuk menghilangkan pengaruh Hizbullah. Hizbullah melihat nasibnya kini senasib dengan rejim Assad. Kesilapan perhitungan strategi Hizbullah telah masuk ke dalam kedudukan yang janggal bagi kebiasaannya setelah menikmati sokongan yang luas dari seluruh dunia Muslim.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
thumbnail
Judul: Perang Akhir Zaman: 7 sebab Hizbullah akan kalah di Syria
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait DUNIA :

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz