Tidak ada yang meragukan manfaat solat untuk kesihatan badan. Salah satu manfaatnya ialah untuk kesihatan tulang belakang. Sebuah kajian di Universiti Winscosin, Amerika Syarikat berkata, solat dengan Tumaninah akan menyembuhkan sakit belakang yang kronik.
Sesungguhnya segala sesuatu yang diciptakan Allah tiada yang sia-sia, bahkan jika mampu mensyukurinya akan menambah iman seseorang.
Itulah yang difirmankan Allah dalam surat Ali Imran 191, "Iaitu orang orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan bertafakur tentang penciptaan langit dan bumi hingga (bersyukur). Ya Tuhan kami sungguh tiada yang sia-sia atas apa yang Engkau ciptakan. Maha Suci Engkau, maka pelihara kami dari seksa neraka. "
Di dalam solat ada dua aspek manfaat iaitu manfaat fizikal atau jasmani dan rohani atau spiritual. Manfaat fizikal dilhat dalam gerakan-gerakan solat yang tumaninah, sedangkan manfaat rohani dilihat dari kekhusyukan solat yang dilakukan.
Manfaat atau fadilah tersebut terangkum seperti yang disampaikan sebelumnya. Oleh kerana itu sangat penting melakukan solat dengan tumaninah dan khusyuk sehingga yang melakukan solat akan mendapat fadillah seperti yang dibuktikan ilmu pengetahuan dan dijanjikan Allah.
Ada empat gerakan pokok di dalam solat, iaitu: Qiyam (berdiri tegak), Rukuk (membungkukkan tubuh), sujud (meletakkan 7 rukun sujud di sejadah) dan duduk (diantara dua sujud, tahiyat awal dan tahiyat akhir).
Masing-masing gerakan jika dilakukan dengan cara yang betul atau tumaninah akan memberikan kesan yang hebat bagi tubuh kita.
Qiyam adalah gerakan awal solat berupa berdiri tegak dengan kedua kaki agak direnggangkan dan kedua-dua hujung luar kaki (jari kelima) bersentuhan dengan sebelahnya jika dalam solat berjemaah.
Kedua tangan didekapkan dengan tangan kanan diatas tangan kiri dan diletakkan di atas pusar.
Dalam kedudukan seperti ini secara fizikal pengucupan otot tangan, siku dan aliran fisiologi darah dalam kedudukan rehat dan keseimbangan yang akan memberi manfaat bagi melancarkan pergerakan sendi yang boleh menghalang simpulan sendi (joint stiffnes).
Kemudian dengan niat dan takbiratul ikhram yang khusyuk akan memberikan manfaat ketenangan batin yang akan menimbulkan peningkatan endorphin yang merangsang keberkesanan dan pembentukan tenaga.
Ia juga meningkatkan kadar sel darah Eosinophil yang sangat berperanan dalam fungsi kekebalan tubuh. Gerak balas tubuh yang lain juga menurunkan kadar hormon cortison darah yang jika kadarnya rendah akan mencegah risiko kerosakan organ.
Tiga kesan ini juga telah dibuktikan dengan penelitian Disertasi dari DR. M. Soleh dari Universita Airlanga. Beliau telah meneliti ketiga kadar zat tubuh tersebut pada dua kumpulan pelajar yang solat tahajud dimana satu kumpulan diajarkan dengan cara khusyuk dan kumpulan lain dibiarkan solat seperti biasa.
Kedudukan kedua adalah gerakan rukuk. Rukuk yang tumaninah sesuai ialah contoh Nabi adalah posisi dimana tulang punggung tegak 90 darjah. Kedudukan kepala tidak boleh lebih tinggi atau lebih rendah dari bahu. Kedua tangan diletakkan di kedua-dua lutut seolah menggemgam tempurung lutut.
Disebutkan dalam Hadith Riwayat Al Baihaqi dan Darquthi, "Sesungguhnya Nabi SAW, ketika rukuk, beliau membuka (meregangkan jari-jarinya) dan apabila sujud merapatkan jari-jarinya."
Juga dalam Hadist Riwayat Ibn Kuzaimah dan Ibn Hibban, "Jika kamu rukuk, letakkan kedua tanganmu pada kedua lututmu dan rengangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah hingga ruas tulang belakang tegak pada tempatnya. Apabila Nabi ruku, beliau melurusan dan meratakan tulang punggungnya (90derajat) sehingga apabila diletakkan segelas air di atasnya, airnya tidak akan tumpah. "
Kedudukan sempurna atau tumaninah seperti itu, memberikan kesan kesihatan yang sangat menguntungkan bagi kesihatan tulang belakang. Dalam kedudukan rukuk tumaninah otot rangka sepanjang tulang belakang menjadi lebih rileks tanpa beban dari berat tubuh.
Daripada kajian yang dilakukan Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya, dapat dibuktikan bahawa kedudukan sempurna rukuk berperanan dalam melambatkan proses degeneratif dengan meningkatkan pertumbuhan semula tisu baru dan juga menjaga keseimbangan cecair sel dan melancarkan fungsi buah pinggang.
Kedudukan rukuk tumaninah juga menunjukkan aktiviti otot lumbosacral ke 4 dan 5 (buku tulang pinggang) menjadi lebih rileks. Pada awal pergerakan rukuk otot-otot pinggang mengecut kemudian setelah mencapai kedudukan sempurna akan menjadi rileks.
Kedudukan seperti ini juga (rukuk tumaninah) dapat menambah kelonggaran 'spinal canal' atau saluran saraf tulang belakang, hal ini akan mengurangkan risiko mampatan saraf.
Gerakan berulang seperti itu juga akan meningkatkan fleksibiliti tulang belakang yang penting untuk kelenturan dalam menyokong beban dari tubuh.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber fiqhislam.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Judul: Tubuh jadi hebat berkat solat kusyuk dan tumaninah
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 11.17
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 11.17
0 comments:
Posting Komentar