Selasa, 23 Juli 2013

Basyar Al-Assad keturunan Yahudi Iran?

Seorang ahli sejarah Mesir, menghuraikan bahawa Basyar al-Assad sama sekali bukan bangsa Arab ataupun Syria tetapi dari keturunan al-Assad dari Yahudi Isfahan, Iran.

Mereka berhijrah ke Syria pada tahun 1860 dan nama keluarga mereka adalah "al-Wahash" tetapi kemudian diganti dengan "al-Assad".

Jika benar, maka al-Assad kemungkinan sama dengan Mahmoud Ahmadinejad juga disebut-sebut sebagai seorang Syiah keturunan Yahudi di iran.

Menurut Telegraph, Ahmadinejad sebelumnya dikenali sebagai Sabourjian atau ertinya tukang kain tenun dalam bahasa Yahudi. Telegraph melaporkan sebuah catatan pendek yang tertulis di kad itu menunjukkan keluarganya berubah nama menjadi Ahmadinejad ketika memeluk Islam setelah kelahirannya. Sabourjian berasal dari Aradan tempat kelahiran Ahmadinejad dan nama itu diturunkan dari "penenun dari Sabour", nama untuk selendang tallit Yahudi di Parsi. Nama ini, ada dalam senarai nama cipta untuk orang Yahudi di Iran, menurut Jabatan Dalam Negeri Iran.
Tallit

Ahmadinejad tidak menafikan namanya berubah ketika keluarganya berpindah ke Tehran pada tahun 1950-an. Ahmadinejad menjadi seorang jurutera yang dan memenuhi syarat untuk gelaran doktor dalam bidang pengurusan. Sebelum terjun dalam bidang politik, Ahmadinejad bertugas sebagai tentera Pengawal Revolusi.

Diterjemahkan oleh detik islam dari sumber islampos.com
thumbnail
Judul: Basyar Al-Assad keturunan Yahudi Iran?
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait DUNIA :

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz