Senin, 08 Juli 2013

Golongan yang menolak Sunnah

Kemunculan golongan menolak sunnah telah disebutkan oleh Rasullullah s.a.w dalam sabda Baginda,maksudnya : ”ingatlah!!!aku telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan Al-Quran dan sesuatu yang sedarjat dengannya?dan ingatlah,hampir sahaja akan muncul seorang lelaki yang kenyang ( dengan keduniaan ) berada diatas kerusinya sambil berkata : kamu hendaklah memegang Al-quran (sahaja),maka segala sesuatu yang kamu jumpai halal didalamnya,maka halalkanlah ia dan segala sesuatu yg kamu temukan haram didalamnya,maka haramkanlah ia.( Riwayat oleh Abu Daud dari Miqdam bin Ma’ad Yakrab dan diriwayatkan oleh Tirmizi )

Hadis ini menerangkan akan lahir di akhir zaman nanti segolongan yang menolak Sunnah,bukan menolak teks dan dalil hukum-hakam dari hadis,bahkan Sunnah dan cara hidup Rasullullah s.a.w juga dianggap lapok dan tidak sesuai lagi dengan zaman ini.Penolakan itu berlaku sama ada secara ilmiah,lisan dan juga sikap serta perbuatan.

Dinegara kita telah lama muncul golongan anti-hadis,yang kononnya mereka hanya menerima Al-Quran sahaja.Tetapi sebenarnya,mereka juga tidak mengikut Al-Quran secara total,cuma teori sahaja.
Al-Quran cuma dibaca secara mencari bahan-bahan penting untuk dijadikan sebagai modal untuk berbincang dan berbahas,bukan untuk diamalkan.

Golongan sesat ini,mengikut para pengkaji,disebut sebagai ”At-Quraniyyin” atau ”Al-Farmawiyyah” (yang kenyang). Golongan ini ramai terdapat di Mesir,India,dan lain Negara Islam.

Perkataan ”Yang kenyang” dimaksudkan adalah kata celaan dari Nabi s.a.w sendiri terhadap orang yang suka hidup mewah (pemalas) yang menolak Sunnah atau hadis Nabi Muhammad s.a.w dan membuat keraguaan padanya.Sedangkan Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada Rasullullah s.a.w dengan Al-Quran dan Hikmah.Maksud hikmah tersebut adalah Sunnah Nabi s.a.w kemudian kewajipan beriman dan beramal dengannya adalah wajib.

Allah s.w.t telah berfirman , maksudnya :”Dan hendaklah kamu ingat akan apa-apa yang dibacakan di rumah-rumah kamu dari ayat-ayat Allah dan Hikmah ( Sunnah Nabi) .Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.”( Surah Al-Ahzab (33) ayat 34).

Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
thumbnail
Judul: Golongan yang menolak Sunnah
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait ARTIKEL ISLAM :

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz