Minggu, 14 Juli 2013

Masuk hospital setelah kekenyangan berbuka puasa

Rasulullah SAW telah memperingatkan umatnya agar tidak berlebihan. Apatah lagi ketika berbuka puasa. Berlebihan makan boleh membawa maut dan merugikan diri sendiri. Seperti yang berlaku pada rakyat di negara terkaya di dunia, Qatar.

Akibat makan 'overload' iaitu berlebihan selepas berbuka puasa, puluhan warga Qatar dibawakan ke hospital di Doha. Mereka mengalami simtom sepeti gejala muntah dan sakit perut. Mengikut laporan dari dohanews.co pada hari Jumaat (12/7), doktor mengatakan bahawa insiden seperti itu sering berlaku semasa Ramadan.

"Kami biasa merawat 10 hingga 15 kes seperti itu setiap hari sepanjang bulan Ramadan," kata seorang pegawai Hospital Pakar. Dia menambah, biasanya pesakit datang antara pukul 20.00-20.30 waktu tempatan.

Untuk kes tahun lalu, terdapat 100 orang dirawat di beberapa hospital di Doha kerana kekenyangan setelah berbuka. Selain gangguan sampingan, penyakit lain yang banyak dilaporkan berlaku semasa Ramadan adalah buah pinggang dan dehidrasi.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, kasihani lah diri kita. Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
thumbnail
Judul: Masuk hospital setelah kekenyangan berbuka puasa
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait DUNIA :

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz