Pemain tengah Manchester City Samir Nasri memberikan tunjuk ajar berkaitan agama yang dianutinya, Islam. Bekas pemain Arsenal itu menyarankan agar setiap orang yang ingin menilai Islam untuk belajar langsung tentang Islam.
"If you want to learn about Islam, go study Islam, don't study the Muslims! (Jika kalian ingin belajar tentang Islam, belajarlah tentang agama Islam, bukan belajar tentang penganut Islam, "demikian pesan dalam foto berlatar belakang ayat Al-quran yang diunggah Nasri.
Jika seseorang ingin belajar tentang Islam, jangan menilainya dari seorang Islam. Kerana Islam adalah agama sempurna, dan Muslim tidak selalu sempurna. Kerana itu, kalau ada seorang Muslim yang perilakunya kurang sesuai dengan etika, bukan bererti ajaran Islam seperti itu.
"Islam is perfect, Muslims are not. Don't get confused! / SN8 (Islam adalah agama sempurna, Muslim tidak selalu sempurna. Jangan bingung! "
Meski dikenal sebagai pemain berkaliber, Nasri selama ini dikenali sebagai seorang berperibadian muslim dengan selalu menerapkan dengan elemen Islamik ketika bermain di padang. Beliau selalu mengamalkan membaca doa sebelum perlawanan bermula, melaungkan takbir ketika kelabnya juara Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012, dan mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri di baju selepas menghasilkan gol walaupun tindakannya itu akan mengakibatkan dihukum dengan kad kuning.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber dakwatuna.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Judul: Samir Nasri: Islam agama sempurna, muslim tidak selalu sempurna
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 22.05
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 22.05
0 comments:
Posting Komentar