Perkara yang paling nyata tentang konspirasi Dajjal ialah usaha agen-agennya untuk mencipta teknologi yang boleh membawa masuk makhluk dari alam ghaib ke alam nyata. Walaupun ia agak mustahil kerana keterbatasan hukum fizik dan syariat tetapi mereka melakukan gerak kerja dengan yakin.
Cita-cita Dajjal dilihat sangat jelas melalui penghasilan banyaknya filem-filem berunsurkan teleport alam ghaib. Telah kami bahaskan di dalam buku kami bertajuk Rahsia Yahudi Dalam Filem (2013) tentang hal ini. Rujuk bab 8.
Persoalannya di manakah keyakinan Dajjal untuk membawa masuk makhluk alam ghaib (Jin & Syaitan) hidup bersosial di alam nyata?
Tiada alasan yang munasabah untuk hal ini, tetapi kami melihat salah satu dalil yang memungkinkan Dajjal ‘yakin’ bahawa makhluk alam sana boleh dibawa masuk dan hidup bersama manusia ialah melalui beberapa kisah ketika zaman Nabi dan Rasulullah dahulu yang sering bertembung dengan Jin dan Syaitan yang menyamar menjadi manusia biasa dalam rupa paras yang sempurna.
Antara kisah Jin & Syaitan yang menyerupai manusia
- Penyamaran Jin menjadi pembantu Nabi Sulaiman bagi tujuan mencuri cincin baginda. Rujuk buku Rahsia Yahudi Dalam Filem (2003), Bab 5 : Lord of the Rings dan Cincin Nabi Sulaiman, ms. 42.
- Kisah seekor Syaitan yang menyamar menjadi orang miskin meminta wang zakat pada zaman Rasulullah.
Teleport Alam Ghaib: Realiti Atau Propaganda?
Untuk mengatakan ia ‘tidak akan’ terjadi adalah satu perkara yang mustahil. Kemungkinan besar ia boleh berlaku. Tetapi untuk mengatakan terdapat kehidupan dari planet lain seumpama manusia datang menyerang bumi, ia sememangnya mustahil kerana perkara ini tidak dibahaskan ulama dan tiada hadith yang memberi amaran tentang hal tersebut.
Kami lebih berpendapat bahawa teleport alam ghaib yang diusahakan Dajjal sebenarnya lebih kepada mensosialkan golongan Jin dan Syaitan di alam manusia bagi tujuan merosakkan masyarakat.
Manakala definasi teleport yang diusahakan Dajjal adalah lebih kepada unsur membawa jin dan syaitan ke alam nyata.
Di dalam filem-filem Hollywood ia lebih kepada propaganda untuk menanam keyakinan kepada masyarakat bahawa terdapat makhluk lain yang hidup di luar bumi. Ia jelas untuk melengah-lengahkan pemikiran manusia. Ia juga mungkin satu isu yang sengaja dicipta bagi menutup projek ‘Illuminati’ yang lain yang mungkin lebih besar dari program teleport.
Filem-filem berunsur teleport alam ghaib atau dari planet lain;
- Transformer
- Marvel Avengers
- Tron
- John Carter
- Hellboy
Sumber dari dajjal.wordpress.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Judul: Teknologi Dajjal: Teleport Alam Ghaib
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 19.35
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 19.35
0 comments:
Posting Komentar