Sabtu, 10 Juli 2010

MENYAPU MUKA SELEPAS SOLAT

Soalan; Assalamualaikum, Terima kasih atas maklum balas ustaz ke atas soala saya tempoh hari. Ini ada beberapa kemusykilan yang memerlukan pandangan ustaz.
2. Perbuatan menyapu muka setelah solat, saya diberitahu haram dilakukan. baru-baru ini terbaca tentang menyapu kepala sesudah solat sunat dilakukan. boleh ustaz jelaskan?
Terima kasih.

Jawapan;

Terdapat dalam kitab al-Azkar karya Imam Nawawi sebuah hadis riwayat Ibnu Sunni dari Anas –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan;

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَضَى صَلاَتَهُ مَسَحَ جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى، ثُمَّ قَالَ: "أَشْهَدُ أنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اَللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الهَمَّ وَالْحَزنَ"
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai dari mengerjakan solat, baginda akan menyapu dahinya dengan tangan kanannya, kemudian baginda membaca doa;

أَشْهَدُ أنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اَللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الهَمَّ وَالْحَزنَ
“Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, Yang maha pengasih lagi maha penyayang. Ya Allah! Hilangkanlah dari diriku kedukaaan dan kesedihan”.

Namun hadis ini menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani adalah terlalu dhaif (ضعيف جدا). (al-Silsilah ad-Dha’ifah Mukhtasarah, hadis no. 1058).

Dalam hadis yang lain;

كان إذا قضى صلاته مسح جبهته بكفه اليمنى ثم أمرها على وجهه حتى يأتي بها على لحيته ويقول:
“Adalah Rasulullah apabila selesai dari mengerjakan solat, baginda akan menyapu dahi dengan tangan kanannya, kemudian melurutnya melalui muka hinggalah ke janggutnya sambil baginda membaca;
بسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب والشهادة الرحمن الرحيم اللهم أذهب عني الغم والحزن والهم اللهم بحمدك انصرفت وبذنبي اعترفت أعوذ بك من شر ما اقترفت وأعوذ بك من جهد بلاء الدنيا ومن عذاب الآخرة

Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani; hadis ini adalah maudhuk (palsu). (al-Silsilah ad-Dha’ifah Mukhtasarah, hadis no. 1059).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Azkar, Imam an-Nawawi (Bab al-Azkar Ba’da as-Solah), Maktabah al-Qayyimah, Qaherah-Mesir.
2. Al-Silsilah al-Ahadith ad-Dhaifah wa al-Maudhu’iyyah Mukhtasharah, Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, Maktabah al-Ma’arif, Riyadh.
thumbnail
Judul: MENYAPU MUKA SELEPAS SOLAT
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait Ibadah :

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz