Selasa, 27 November 2012

Peperangan 8 hari, hotel israel rugi USD 518 juta


Akibat serangan 8 hari penjajah Israel ke Gaza, hotel-hotel Israel mengalami kerugian sekitar 518 juta Dollar US.

Maklumat rasmi yang dikeluarkan persatuan hotel di wilayah pendudukan (jajahan haram) Israel, kerugian yang mereka alami selama pencerobohan tentera yahudi zionis ke atas Gaza selama 8 hari itu mencapai 2 bilion Shekel atau 518 juta USD.

Ketua Persatuan hotel Israel, Ami Vederman yang mengeluarkan data tersebut menyeru untuk terus memprolosikan pelancongan Israel supaya pelancong berkunjung ke tanah jajahan haram laknatullah itu.

Majalah ekonomi Israel "The Marker" melaporkan bahawa operasi "Batu Neraka" yang dilancarkan kumpulan perlawanan Palestin mengakibatkan kerugian yang besar sektor pelancongan di wilayah Palestin yang diduduki Israel.Lebih dari 20% destinasi pelancongan dibatalkan selama pencerobohan berlangsung.

Kementerian Pelancongan Israel menyebutkan, ketika ini sedang membuat pengubahsuaian di kawasan pelancongan 48 yang menjadi sasaran terbesar serangan peluru berpandu pejuang Palestin, sebagai tindak balas atas serangan tentera yahudi zionis laknatullah ke Gaza.
thumbnail
Judul: Peperangan 8 hari, hotel israel rugi USD 518 juta
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait DUNIA :

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz