Pepatah ada mengatakan ´tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia´. Nyata, itulah hakikatnya seperti apa yang dapat kita saksikan hari ini.Wanita begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki.Jika tidak,Allah s.w.t tidak akan menjadikan Siti Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa kesunyian dan kesendiriannya di dalam syurga.Wanita begitu berarti bagi seorang lelaki karana tanpa wanita hidup seorang lelaki tidak akan sempurna, tidak akan ada seorang lelaki bergelar suami,tidak dapatlah seorang lelaki menjadi pe mimpin dalam rumah tangga,dan nescaya sunyilah hidup seorang lelaki tanpa teman untuk bergurau senda.
Sebagaimana firman Allah SWT :
”Hai sekalian manusia,bertaqwalah kepada Rabbmu yang telah menciptakan kamu dari yang satu,dan da ripadanya Allah menciptakan isterinya,dan daripada keduanya Allah memperkembangbiak kan laki-laki dan perempuan yang banyak.Dan bertaqwalah kepa da Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta sama lain,dan (peliharalah) hu bungan silatur-rahim.Sesungguhnya Allah selalu me njaga dan mengawa si kamu.”
(QS. An-Nisa’ ; 1)
Siapa kira ibu Ibunda hawa akan menjadi titik permasalah? Hanya karena Rasulullah menyebut beliau dari tulang rusuk Adam as. Setiap muslim dan muslimah memahami betapa tingginya nilai informasi titik hadits Rasulul lah.Tapi, nyatanya ada saja orang berkilah dengan informasi itu untuk memojokkan pandangan Islam terrhadap terhadap wanita.Seakan-akan ingin mencari biang keladi masalah secara filosofis.padahal hasilnya hanya pandangan yang dungu dan menampakkan kejahilan terhadap hakikat atau esensi Islam.
Lantas, bila bukan dari tulang rusuk Adam, wanita itu dari mana? Adakah yang dapat menjelaskannya selain dari Allah dan Rasul-Nya? Al-Qur’an menjelaskan bahwa :
”Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan ka mu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersu
ku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.Sesung guhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal’
(QS. Al-Hujurat : 13)
Dengan kata lain, Islam tidak pernah merendahkan derajat manusia, baik laki-laki maupun perempuan. Islam hanya memiliki satu mata uang yang berlaku dalam membedakan manusia, yaitu taqwa. Alangkah anehnya bila ada orang yang ingin mengutak-ngatik pandangan Islam terhadap kaum wanita.Padahal dua ayat diatas justru menun jukkan betapa terjalin kerjasama pria dan wanita dalam berperan membentuk kehidupan di muka bumi.
Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekaligus memelihara keseimbangan ciptaan Allah SWT. Malah Rasulullah SAW memartabatkan kaum wanita pada kacamata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda baginda Muhammad SAW. :
“ Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang pa ling indah ialah wanita yang solehah .”
(Riwayat Muslim)
Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.
Kejadian wanita adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksa naan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.Di situlah peranan sebagai seorang pe mimpin dimainkan oleh lelaki. Antara kita sadar atau tidak, wanita banyak mempengaruhi kehidupan seorang lelaki. Kuasa yang dimiliki oleh wanita bisa menentukan kesuk sesan atau kehancuran hidup seorang lelaki.Lihat sahaja puncak keruntuhan beberapa tokoh dunia yang dipimpin oleh lelaki, tetapi musnah sekelip mata karena bujukan seorang yang bernama wanita.Semisal Napoleon Bonaparte dan Josephine,Anthony dan Cleopatra, Hitler dan Mata hari,Samson dan Delila.
Begitu juga sebaliknya. Di belakang kejayaan seorang lelaki ,juga berdiri seorang wanita. Contohnya Nabi Muhammad s.a.w bersama Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain, Nabi Ayub bersama Siti Rahmah,dan Nabi Ibrahim bersama Siti Sarah serta Siti Hajar. Wanita-wanita inilah yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka da lam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama.
Seperti kisah semasa Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama dan bagaimana peranan yang dimainkan oleh isterinya Siti Khadijah telah memberikan semangat kepada baginda.Tepat pada umur 40 tahun,Muham mad bin Abdullah, suami Siti Khadijah menerima tugas kenabian yang harus disampaikan ke seluruh umat manusia.Tugas yang tentu saja tidak mudah,sehingga Nabi Mu hammad s.a.w sendiri pada awalnya merasa ragu-ragu, apakah benar yang diterima adalah wahyu, dan apakah ju ga merupakan pengangkatan sebagai Nabi (yang menerima wahyu) dan Rasul. Tetapi sang pendampingnya Siti Khadijah, yang teguh hati, menenangkan, menenteramkan, menguatkan dan memastikan bahwa yang diterima benar wahyu dan baginda benar-benar diangkat menjadi Nabi dan Rasul.
Akan tetapi kepintaran seorang wanita bisa jadi menum bangkan keteguhan lelaki hingga menimbulkan hal-hal negatif. Sebaliknya kuasa kepintaran yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi ter hadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diridhai Allah.
Kaum lelaki mudah goyah dan kalah dengan sambutan dan belaian yang baik. Apa lagi jika figur wanita yang sangat dikasihi nya seperti isteri dan ibu.Sambutan baik yang diberikan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan saja mendatangkan keridhaan Allah tetapi me mungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mu dah.Malahan untuk menjadi seorang isteri yang solehah adalah dengan memberi layanan yang sebaiknya terhadap suami.Ini kerana syurga seorang isteri adalah pada suaminya.
Doa wanita lebih mujabah daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki.Sebagaimana Rasulu llah s.a.w bersabda :
"Doa ibu itu lebih cepat terkabul."Orang bertanya: "Kenapa ya Rasulllah ?"Jawab baginda: "Ibu lebih pe nyayang daripada bapak dan doa dari pada orang ya ng penyayang tidak akan sia-sia."Dan sebagai seo rang anak, kita dilarang sama sekali untuk mendur haka kepada ibu dan senantiasa mendahulukan ibu dalam apapun urusannya.Doa seorang ibu adalah ya ng paling di makbul kan oleh Allah SWT.
Sifat ketaqwaan lebih mudah diperolehi oleh wanita diban ding lelaki kerena kehalusan budi yang ada pada wanita. Kemuliaan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada wanita menjadikan setiap lelaki pasti memerlukan wanita untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh wanita.Sekuat-kuat lelaki,kuat lagi wanita kerana lelaki itu keluar dari perut wanita yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia.Kemudian mereka melatih,mendidik,memelihara anak kecil itu dari kecil hingga dewasa.
Kemuliaan wanita akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak ke atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w:
“Wanita yang taat kepada suaminya,semua burung di udara,ikan di air,malaikat di langit,matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diridhai nya (serta menjaga solat dan pua sanya)."
Bagaimanapun,ia tidak bermakna pada wanita yang ha nya menjadi penurut tanpa ada keberanian atas pendiri an,pegangan,pendapat atau lain-lain.Jauh tersembunyi, wanita sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa penga ruh yang jika digunakan dengan tepat,lelaki bersedia me nurut kehendaknya dan memberi segala haknya.Sabda Rasulullah s.a.w tentang besarnya peranan wanita :
"Wanita itu tiang negara, jika baik wanita di sesua tu negara itu,maka baiklah negara itu, begitulah se baliknya."
Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan wanita,wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya karena jika Allah mencabut kemuliaan itu,wanita akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih ber hak baginya kecuali neraka.Oleh karena itu gunakanlah kuasa yang dimiliki oleh wanita di tempat yang sepatutnya. Dan bantulah lelaki untuk menjadi pemimpin yang adik dan bijaksana di dunia dan di akhirat
Judul: Doa wanita lebih mujabah daripada lelaki
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 02.12
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 02.12
0 comments:
Posting Komentar